Tuesday 18 October 2011


KAWAN
ada bermacam-macam jenis kawan di muka bumi ini...
ada yang terlalu baik..
ada yang terlebih baik...
ada jugak yang kurang baiknya...
dari tadika sampai la masuk universiti bermacam-macam jenis ragam kawan yang telah dijumpai...
kawan untuk susah bersama amat payah untuk dicari...
tapi...
kawan untuk bersuka ria sentiasa bersepah di tepi jalan...

KAWAN....
bukan dicari apabila diperlukan saja..
bila sudah tiada kepentingan dibuang seperti sampah yang tidak berharga..
bila ada kepentingan dikutip semula seperti permata yang amat berharga..

KAWAN...
ada jugak yang jenis hanya mahu brekawan dengan yang mempunyai status 'high class'
yang kaya sentiasa disanjung seperti raja..
yang miskin dihina seperti kuli...
tapi akhirnya yang dihina jugak akan dicari apabila susah..

KAWAN...
ingatlah...
walaubagaimana sekali pun lakonan di pentas dunia ini...
kawan yang sejati sukar untuk dimiliki...
sekali kita kehilangannya...
tidak mungkin lagi kita akan dapat bertemunya lagi....
walaupun dia memiliki perwatakan yang sama...

friends is someone who knows
the song in your heart...
and can sing it back to you 
when you have forgotten the words...

No comments:

Post a Comment