Tuesday 17 July 2012

~~kesempurnaan~~

tiada seorang manusia pun yg terlalu sempurna di dunia ni..semuanya da kekurangan tersendiri..
tapi...
kenapa dan kenapa ramai yang memilih hanya memerlukan yang sempurna sahaja..
kenapa kita mesti tolak ketidak sempurnaan itu..
itu pun satu ciptaan ALLAH jugak..


dalam persahabatan...
seorang sahabat yang iklas tidak akan mengharapkan kawan yang terlalu sempurna..
hanya sahabat yang ibarat permata tetapi sebenarnya racun saja yang akan memilih kesempurnaan ini..
kerana...
mereka hanya inginkan keseronokan dan bukannya persahabatan..


dalam percintaan ramai yang ingin pasangan yg sempurna..
tapi...
ingat dan ingatlah...
sempurna bukanlah faktor yang akan menjamin kebahagian..
kita akan dapat kebahagian itu sekiranya kita mencintai kekurangan terlebih dahalu...
tapi..
ada manusia yang merasakan dirinya terlalu sempurna dan tiada kekurangan..
lantaran itu dia akan hanya memandang yang terlalu sempurna saja..


ingatlah...
bila-bila masa sahaja ALLAH boleh tarik semua kesempurnaan yang kita ada..
kerana...
kita hanya meminjam sahaja kesempurnaan ini...
ia bukan milik kita yang mutlak..